Setelah beberapa lama meninggalkan blog ini kesepian dan kesunyian. saya mengambil keputusan mencoret sedikit pada hari ini walaupun rasa kurang sihat (pening kepala+selsema+sakit tekak) melayari seluruh badan saya.
sebetulnya, setiap kali saya membuka laptop untuk melayari internet, blog inilah yang akan saya singgah dahulu walaupun saya tahu tiada orang yang sudi membacanya. atas sebab saya pun sudah lama tidak mengirimkan apa-apa berita dan kiriman melalui blog ini.
sesungguhnya saya tidak tahu apa yang ingin dikirimkan lantaran masa yang berlalu terlalu pantas dan banyak juga perkara yang berlaku pada hari yang sama. saya terpaksa berkira2 mana satu aktivti menarik pada hari itu yang ingin saya kongsikan dan selepas beberapa lama berkira-kira,akhirnya saya tidak tulis apa pun. saya padamkan laptop, kemas perkakasan dan pulang ke kolej.
itulah yang berlaku sehari2
oleh itu, disebabkan saya berada dirumah ketika ini, maka saya mempunyai masa yang luas untuk menulis walaupun hakikatnya pelbagai perkara lain lagi yang patut saya dahulukan.
berdasarkan kiriman saya sebelum ini berkenaan Annual General Meeting Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FOSTECH), maka saya mengambil keputusan untuk melampirkan apa2 yang berlaku sewaktu mesyuarat itu berlangsung.
saya adalah presiden persatuan ini untuk tahun berakhir 2009...dan mesyuarat ini berlangsung adalah untuk membubarkan organisasi persatuan dan memilih tonggak kepimpinan baru untuk berperanan.
apa yang saya harapkan agar legasi kepimpinan yang baru dapat menjalankan tugas dengan cemerlang demi kemaslahatan seluruh ahli persatuan dan semua pelajar fakulti.....
tahniah di atas perlantikan anda....saya akan sentiasa bersedia untuk memberi nasihat dan pendapat sekiranya dipinta berbuat demikian
Bismillahirrahmnirrahim
Yang berusaha, prof dr mohd yazid manap, dekan fakulti sains dan teknologi makanan,upm
Prof dr nazamid saari, timbalan dekan akademik dan hal ehwal pelajar merangkap penasihat persatuan mahasiswa fakulti sains dan teknologi makanan
Dr farinazleen mohd ghazali
Dr abdul karim sabo Mohamed
Dr Muhammad shahrim abd karim
Penasihat aktivti pelajar, persatuan mahasiswa fakulti sains dan teknologi makanan, fostech fstm
Puan azlina md ismail, penyelaras aktivtiti fostech
Exco2 fostech
Rakan2 pelajar serta hadirin hadirat yang dikasihi sekalian
Assalammualaikum dan salam sejahtera
Bersyukur saya ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahnya dapatlah kita bersama-sama berkumpul di dewan kuliah teknologi makanan ini untuk menajayakan mesyuarat agung tahunan persatuan mahasiswa fakulti sains dan teknologi makanan,fostech tahun 2009.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan2 sekalian yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat tahunan yang penuh bermakna ini dan sesungguhnya kehadiran saudara-saudari amatlah saya hargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih
Untuk pengetahuan hadirin hadirat sekalian, objektif utama mesyuarat agung tahunan ini diadakan adalah untuk membentangkan laporan aktiviti tahunan fostech 2009, laporan kewangan fostech tahun 2009, pembubaran ahli jawatankuasa fostech 2009 dan yang paling penting adalah perlantikan ahli jawatankuasa baru persatuan ini untuk sesi 2010.
Hadirin hadirat sekalian,
Sebagai satu2nya kelab yang bernaung di bawah fakulti sains dan teknologi makanan adalah menjadi tanggungjawab kami untuk menjaga kebajikan para pelajar fakulti dan menjalankan aktiviti2 yang bersesuaian dengan keperluan para pelajar sebagai pewaris kepimpinan Negara pada masa akan datang. Oleh yang demikian, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua exco2 tertinggi fostceh yang terlah bertungkus lumus menjalankan tugas masing-masing walaupun saya maklum sebagai seorang pelajar pelbagai cabaran dan dugaan yang harus ditempuhi oleh anda semua. Dengan tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang wajib menyiapkan tugasan, mengulangkaji pelajaran dan menduduki peperiksaan, saya berasa gembira dan bangga kepada exco2 sekalian yang Berjaya mengimbangi dan memenuhi tanggngjawab dan amanah sebagai seorang exco dan juga sebagai seorang pelajar dengan baik dan berdedikasi.
Tidak lupa juga kepada penasihat aktivti pelajar kita yang tidak pernah jemu memberikan idea dan tunjuk ajar kepada kami yang jahil ini bagaimana untuk mengendalikan segala bentuk aktivti yang ingin dijalankan. Selain itu, sentiasa juga memberikan dorongan dan sokongan kepada kami untuk memastikan segala perancangan yang dibuat berjalan dengan lancar dan jayanya. Sekalung penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kami semua ucapkan.
Selain itu, saya mewakili semua exco2 fostech juga ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terdapat sebarang kesilapan dan ketidakpuashatian anda terhadap kami sepanjang kami memegang tampuk kepimpinan fakulti ini selama setahun. Saya sedar dan maklum bahawa pada semester ini kami terpaksa mengecewakan hadirin-hadirat sekalian dengan membatalkan sesetengah program yang sepatutnya dijalankan seperti lawatan2 ke kawasan industry makanan, hari keluarga bersama pelajar baharu dan lain2 aktitvti. Ini berikutan pelbagai masalah yang tidak dapat dielakkan seperti cuti H1N1 yang diumumkan serta merta, penukaran penyelaras aktivti, pertindihan tarikh dengan pelbagai program lain dan faktor2 lain yang tidak dapat dielakkan. Kami bermohon maaf atas segala kesilapan tersebut dan saya amat berharap agar generasi kepimpinan baru yang akan dilantik selepas ini tidak akan lagi mengulagi kesilapan tersebut dan bergerak dengan lebih proaktif untuk manfaat dan kebaikan pelajar2 sekalian.
Hadirin hadirat sekalian,
Saya teruskan ucapan saya pada malam ini dengan pembentangan aktivti persatuan mahasiswa fakulti sains dan teknologi makanan tahun 2009. Sila rujuk lampiran yang telah diedarkan kepada anda semua…..
( pembentangan aktivti tahunan fostech 2009)
Begitulah tadi pembentangan aktivti tahunan 2009, persatuan mahasiswa fakulti sains dan teknologi makanan (fostech)
Hadirin hadirat sekalian,
Sebentar lagi akan kita adakan majlis pemilihan baru exco2 fostech untuk tahun 2010 dan suka saya untuk mengumumkan sedikit perubahan dengan struktur organisasi yang bakal dilantik selepas ini. Perubahan ini adalah berkaitan dengan penambahan satu lagi jawatan dalam organisasi fostech iaitu Jawatan Timbalan presiden 2. Oleh yang demikian, jawatan timbalan presiden 1 adalah khusus untuk pelajar jurusan BSTM dan timbalan presiden 2 adalah khusus untuk pelajar BSPMK. Penambahan jawatan ini adalah bersesuaian dengan arahan daripada timbalan dekan akademik dan ehwal pelajar untuk mengimbangi penyertaan dan penglibatan pelajar2 daripada kedua2 jurusan ini dalam pelbagai aktivti yang bakal dijalankan pada tahun hadapan.
Sebelum saya mengakhiri ucapan saya pada malam ini, suka saya untuk berpesan kepada hadirin-hadirat sekalian supaya memilih pemimpin yang bertepatan, bersesuaian dan yang paling utama saya berharap bahawa pemilihan yang bakal dijalankan sebentar lagi dibuat dengan serius dan penuh rasa bertanggungjawab terhadap satu sama lain. Barisan kepimpinan yang baik dan Berjaya adalah bergantung kepada pemilihan anda pada malam ini. Lakukan perubahan untuk penmbahbaikan dan lakukan penambahbaikan untuk mencapai kecemerlangan.
Anda mampu mengubahnya
Saya akhiri ucapan saya dengan dua rangkap pantun,